Rabu, 4 Jun 2008




YAB TUAN LIM GUAN ENG (KETUA MENTERI)

Pembangunan Industri & Perdagangan AntarabangsaHal Ehwal Tanah & Pembangunan TanahPejabat YAB. Ketua Menteri,
Tingkat 28, KOMTAR
10503 Pulau Pinang.
(P) 04-2614424 / 04-6505112
Fax: 04-2613003 limguaneng@penang.gov.my


YB Tuan Mohammad Fairus bin Khairuddin (Timbalan Ketua Menteri 1)

Hal Ehwal AgamaPembangunan Usahawan dan KoperasiPenerangan & Perhubungan Masyarakat
Pej. Timbalan Ketua Menteri,
Tingkat 52, KOMTAR
10503 Pulau Pinang
(P) 04-2619905 / 04-6505131
Fax: 04-2631578 mfairus@penang.gov.my


YB Tuan Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy (Timbalan Ketua Menteri 2)

Perancangan Ekonomi NegeriPendidikan & Sumber ManusiaSains, Teknologi & Inovasi
Pej. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Tingkat 52, KOMTAR
10503 Pulau Pinang.
(P) 04-2629930 / 04-6505134
Fax: 04-2618715 ramasamy@penang.gov.my

sejarah

Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di Georgetown yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre. Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuhraya Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (kemudiannya dipanggil Lebuh Chulia) dan Lebuhraya Pitt.Di dalam kawasan ini rangkaian jalan-jalan dibina secara bersegi-segi menurut sistem blok perumahan dengan jalan-jalan kecil melintang di antara satu sama lain. Rangkaian jalan-jalan yang telah dibina masih kekal hingga ke hari ini. Jalan tunggal yang dibawa ke pedalaman Pulau Pinang jalan-jalan Pinang. Kawasan di sebelah selatan Lebuhraya Malabar dikhaskan untuk perkampungan Melayu. Di sini satu tapak luas dikhaskan bagi sebuah masjid berhampiran dengan persimpangan ialah Pitt dan Lebuhraya Malabar.Dalam pemerintahan Captain Light pekan yang dibina ltu berpaya dan berlumpur tanpa satu sistem perparitan yang baik. Kawasan bandar pada ketika itu diduduki oleh orang-orang keturunan Asia dalam kampong-kampong yang kotor. Manakala pendatang- pendatang dari Europa tinggal di kawasan-kawasan yang lebih selesa dan bersih.Sehingga tahun 1807 bandar Georgetown dilingkungi oleb sebatang parit besar yang mengalir dari laut di bahagian utara mengikut Jalan Transfer dan Jalan Maxwell yang ada sekarang lni sehingga ke laut di bahagian timur bandar. Pada ketika ltu Lebuhraya Beach sebenarnya terletak di bahagian pantai. Kerja-kerja menebusguna tanah telahpun bermula pada awal tahun tahun 1880. Aktiviti lni telah menambahkan luasan tanah bagi Pulau Pinang yang juga membawa kepada beberapa masalah perundangan dari segi usaha meluaskan muara sungai. Pada ketika ini masalah ini masih wujud sebagai "Weld Ouay Question".

logo penang



Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kabel pula melambangkan empat bangsa di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Lima jalur biru dan putih yang berombak memberi makna lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

peta penang


Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia.Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat.
Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285km persegi yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Ianya dihubungkan oleh Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5km dan juga perkhidmatan feri.